Thursday, April 15, 2010

Mee laksa - resepi ibu

Bahan2nya 
Di blender mesin halus:- 












Cili kering 60cent & Belacan [agak agak]
Di mesin berasingan dari lain lain bahan.

















6 batang serai [di hiris halus halus]
Lengkuas - sebesar ibu jari kaki
4 bawang putih
Bawang besar - 1 1/2 bijik 



















3 sudu - Kerisik [kelapa]]
1 kotak besar - santan kara
5 asam keping


6 Ikan Kembung - besar [di rebus dan di tumbuk halus]


Cara memasak lauk

















1. Tumiskan cili kering [cilik boo] dgn belacan, api yang sederhana, tumis hingga lada berkilat, kemudian masukkan serai, lengkuas dan bawang putih, bawang besar sampai berkilat















2. kemudian masukkan santan kara [1 kotak besar]
Setelah ia mendidik masukkan kelapa-kerisik di kacaukan rata2 kemudian masukkan ikan kembung yang di tumbuk halus tu kedalam lauk, dan kacau lagi rata2.
3. Di kacau hingga mendidik kalau boleh dalam process ni jangan di tinggalkan, sebab kuah atau lauk santan tu mudah naik dan tumpan juga berbijik2, di kacau hingga santan mula reda dan biarkan dia masak di atas api yang sederhana.
4. masukkan sedikit perasa ajinamoto dan garam mengikut cita rasa masing2



Bila lauk sudah masak bolehlah taburkan bahan2 di bwh ini untuk di hias di atas mee laksa



Campurkan juga taugeh




Dah siap boleh di hidangkan inilah dia MEE LAKSA dari melaka resepi mak ibu, selamat mencuba

Thursday, April 1, 2010

Lemak Cili Padi - Melaka

Tak kisahlah ikan apa kita nak gunakan terpulang anda
 
 
 Lada Padi, belacan kunyit hidup [kalau tak ada guna kunyit serbut sikit] bawang 
besar dan bawang putih, mesin hingga halus

  
Santan agak-agak sendirilah, didihkan atas api, masukkan bahan yang telah di mesin


 Kacau lauk hati2 jangan sampai ikan hancur, dan jangan tinggalkan lauk nanti kuah melimpah keluar di sebabkan ada santan


 Kalau nak lauk tu berkilat dan sedap, masukkan sedikit asam keping, dan perahan limau sambil agak agaklah jangan sampai masam pulak, jaga lauk tu dgn api yang sederhana kacau hingga masak. lepas tu boleh di hidangkan.
-------------------------
Lemak Cili Padi [melaka] - Lauk ni resepi dari mak ibu,

kalau yang dah biasa makan lauk masakkan ibu atau nenek [mak ibu] tentu dorang tu tau sebelum makan kena standby tisu satu pack kesian korang haha, atas permintaan yang nak resepi masakkan lauk ni, hah korang jangan lupa cuba ler, lain kali boleh gak ibu makan lauk masakkan korang :D Lauk ni simple jer tapi sedap.

Bahan-Bahan tuk di mesin:
1/2 mangkuk cuci tangan - Cili padi merah dengan hijau [ikut ler selera kepedasan korang]

Bawang besar 1 bijik
Kunyit hidup agak se besar ibu jari tangan korang
Belacan agak
bawang putih 4 bijik

+ mesinkan hingga halus

cara memasak:

panaskan santan [santan kara 1 kotak besar] di dalam periuk agak agak air setengah periuk - di kacau dengan api yang sederhana [ni masak untuk 8org]

bila santan mula mendidik perlahan lahan tu masukan barang2 yang di mesin tadi, kacau perlahan lahan sehingga mendidik semula

masukkan ikan [tak kisah ikan apa, tapi ibu suka ikan yang ibu masukkan ni sedap]

kalau ada nenas serawak tu [jenis yang manis] potong dadu ikut korang ler lepas tu masukkan dalam lauk tu tadi di kacau lagi

masukkan ajinamoto sikit, garam ikut rasa masing masing kacau lagi sehingga masak lauk tu

masa tengah kacau tu masukkan asam keping dalam lauk tu, dan masukan perahan limau sambal kedalam lauk berserta 3 atau 4 bijik kulit dia tu, menurut kata mak ibu, kalau buat macam tu lauk tu akan bertambah sedap dan lauk kita tu berkilat, makna nya cantek ler tu lauk sedap berkilat :D, jangan lupa letak garam dan ajinamoto secukup rasa..

bila dah masak, makan ler dgn nasik yang panas, tentu tak cukup tisu satu pack tu haha kesian korang... cubalah yer, kalau masih tak reti cara yang ibu ajar kan ni korang tanya ler di sini yer, almaklum ler bukan tukang masak pro tapi boleh ler agak agak nak kasi dapur tu berasap ;)

Selamat mencuba
Ibumisali