Saturday, December 6, 2008

Mee Siam


Bee hoon [di rendam hingga kembang]

Daun Kucai [dipotong halus-halus]
Tahu [di potong dadu kemudian di goreng]
Biasan Mee Hoon
Limau Sambal [5 bijik di belah dua]

Bahan-bahan untuk mee siam:-

Di mesinkan semua...
Udang kering [agak-agaklah]
Bawang Besar 1 bijik
Bawang Putih 3 bijik
Lada kering sikit

-> Tumiskan semua bahan-bahan tadi kemudian masukkan bee hoon yang telah kembang, gorengkan hingga sebati semua [sama je macam goreng mee hoon tu].  Jangan lupa letak sedikit perasa ajinamoto dan garam sikit.  Kemudian bolehlah di angkat.

Lauk [kuah]  Mee Siam

Bahan-bahan untuk mee siam...

Ayer asam [agak2lah]

Bawang putih 3 ulas & bawang besar 1 bijik
kacang tanah [agak2]
serai 3 btg & lengkuas dan lada boo sedikit
Tauchu 1/2 botol [di tos buangkan airnya]
->> di mesin semua ni

Tumiskan bahan-bahan untuk lauk mee siam ni, kemudian perahkan air asa agak-agaklah, bergantung pada banyaknya mee siam kita tu,  setelah mendidih lauk tu masukkan  sedikit perasa ajinamoto & garam, dan sedikit gula [lauk mee siam ni kena ada manis sikit baru sedap]

kalau lauk dah masak boleh di letak mee dalam mangkuk dan siram kuah tu dan bolehlah di hidangkan

resepi dari nenek pun [mak kepada ibu]

Tips: kalau nak lagi sedap buatlah sambal tumis lepas tu letakkan di atas mee siam kita tu dan makan, mesti sedap hingga menjilat jari

No comments:

Post a Comment