Monday, August 25, 2014

Resepi - Lontong

PS: Apa yang di ajarkan di sini hanya untuk panduan anda, dengan bertujuan berkongsi resepi ibubunda ku.

Panaskan air dalam periuk, kemudian masukkan Lontong instant ke dalam periuk,  Pastikan air harus melebihi lontong, Jaga air lontong setiap masa, supaya lontong masak dengan betul, masak lontong selama 2 jam setengah lebih


Panaskan kuali, setelah minyak panas, gorengkan Tahu yang sudah di potong tadi, kemudian goreng kan tempeh

Blender Lada kering bersama 3 bijik bawang putih, dan sedikit belacan sehingga halus. Bila minyak sudah panas tumiskan Cili yang sudah di blender tadi kedalam Kuali, hingga berkilat cili tu.  Kacau lada kering tadi rata-rata agar tidak melekat di kuali, pastikan api tidak besar agar lada kering di tumis tidak hangus.  Setelah lada kering sudah masak dan berkilat masukkan bawang besar, sedikit gula melaka [brown sugar] masukkan sedikit garam dan ajinamoto kemudian kacau rata rata

Panaskan kuali, masukkan 50cent kelapa parut, masukkan sedikit serai, rempah kari, gula, sedikit garam dan ajinamoto



Sayur yang telah di potong tadi, di masukkan kedalam periuk, masukkan air agak agak, sehingga terbenam sayur, masukkan 3 kotak santan kara, kalau cair tambah lagi, Untuk mencantekkan warna lauk lontong masukkan 3 sudu sambal tumis kedalam lauk lontong agar kemerahan sikit

 Setelah lontong siap di masak, bolehlah di hidangkan panas-panas, letak sambal tumis dan serunding di atas lontong tadi SELAMAT MENCUBA

resepi: Deejay Ibumisali
link masak video: http://youtu.be/-AYFxyWJuys

Monday, December 16, 2013

Sambal Tempoyak [melaka]

LinkVideo cara memasak klik: Sambal Tempoyak


Sambal Tempoyak

Tempoyak durian
(Ambil duria yg baik skit ambil isi jer letak dlm bekas tapperware letak garam dan gula sikit)

Pucuk ubi 3 ikat

Daun membangun 1 gengam [agak2lah]

Daun kunyit 4

Daun kaduk  - dua gengam

Santan kara 3 kotak


Dimesin...
Belacan sikit
Cilipadi 1 dlrs ( agak agak)
Bawang besar 2bijik
Bwg ptih 3 ulas
Kunyit 2 ibu jari

Cara nak masak...
Ramas daun pucuk ubi dgn sedimit garam
(Kemudian di tos dan di cuci kan - ditos)

Masuk kan semua daun yg di bersihkan dalam periuk, masukkan bahan
Yg di mesin dan masukkan satan kara 3 kotak gaul rata rata....

Kemudian hidupkan api ... Masukkan air sampai sayuran dlm periuk tu tengelam agak agaklah air tu....tempoyak dalam 2 senduk dan gaulkan dalam periuk rata rata...

Peri ngatan... Garam dgn ajinamoto jng di masukkan dlm lauk dulu.. Takut tempoyak tu dah masin... biarkan lauk tu masak duku last..baru masukkan perasa ajinamoto dan garam... Masak hingga mendidih api biar sederhana...

Kalau dah masak boleh lah di hidangkan dengan nasi panas dan ikan goreng atau ikan masin

video link masak lauk :
Sambal Tempoyak Melaka 

Thursday, April 15, 2010

Mee laksa - resepi ibu

Bahan2nya 
Di blender mesin halus:- 












Cili kering 60cent & Belacan [agak agak]
Di mesin berasingan dari lain lain bahan.

















6 batang serai [di hiris halus halus]
Lengkuas - sebesar ibu jari kaki
4 bawang putih
Bawang besar - 1 1/2 bijik 



















3 sudu - Kerisik [kelapa]]
1 kotak besar - santan kara
5 asam keping


6 Ikan Kembung - besar [di rebus dan di tumbuk halus]


Cara memasak lauk

















1. Tumiskan cili kering [cilik boo] dgn belacan, api yang sederhana, tumis hingga lada berkilat, kemudian masukkan serai, lengkuas dan bawang putih, bawang besar sampai berkilat















2. kemudian masukkan santan kara [1 kotak besar]
Setelah ia mendidik masukkan kelapa-kerisik di kacaukan rata2 kemudian masukkan ikan kembung yang di tumbuk halus tu kedalam lauk, dan kacau lagi rata2.
3. Di kacau hingga mendidik kalau boleh dalam process ni jangan di tinggalkan, sebab kuah atau lauk santan tu mudah naik dan tumpan juga berbijik2, di kacau hingga santan mula reda dan biarkan dia masak di atas api yang sederhana.
4. masukkan sedikit perasa ajinamoto dan garam mengikut cita rasa masing2



Bila lauk sudah masak bolehlah taburkan bahan2 di bwh ini untuk di hias di atas mee laksa



Campurkan juga taugeh




Dah siap boleh di hidangkan inilah dia MEE LAKSA dari melaka resepi mak ibu, selamat mencuba

Thursday, April 1, 2010

Lemak Cili Padi - Melaka

Tak kisahlah ikan apa kita nak gunakan terpulang anda
 
 
 Lada Padi, belacan kunyit hidup [kalau tak ada guna kunyit serbut sikit] bawang 
besar dan bawang putih, mesin hingga halus

  
Santan agak-agak sendirilah, didihkan atas api, masukkan bahan yang telah di mesin


 Kacau lauk hati2 jangan sampai ikan hancur, dan jangan tinggalkan lauk nanti kuah melimpah keluar di sebabkan ada santan


 Kalau nak lauk tu berkilat dan sedap, masukkan sedikit asam keping, dan perahan limau sambil agak agaklah jangan sampai masam pulak, jaga lauk tu dgn api yang sederhana kacau hingga masak. lepas tu boleh di hidangkan.
-------------------------
Lemak Cili Padi [melaka] - Lauk ni resepi dari mak ibu,

kalau yang dah biasa makan lauk masakkan ibu atau nenek [mak ibu] tentu dorang tu tau sebelum makan kena standby tisu satu pack kesian korang haha, atas permintaan yang nak resepi masakkan lauk ni, hah korang jangan lupa cuba ler, lain kali boleh gak ibu makan lauk masakkan korang :D Lauk ni simple jer tapi sedap.

Bahan-Bahan tuk di mesin:
1/2 mangkuk cuci tangan - Cili padi merah dengan hijau [ikut ler selera kepedasan korang]

Bawang besar 1 bijik
Kunyit hidup agak se besar ibu jari tangan korang
Belacan agak
bawang putih 4 bijik

+ mesinkan hingga halus

cara memasak:

panaskan santan [santan kara 1 kotak besar] di dalam periuk agak agak air setengah periuk - di kacau dengan api yang sederhana [ni masak untuk 8org]

bila santan mula mendidik perlahan lahan tu masukan barang2 yang di mesin tadi, kacau perlahan lahan sehingga mendidik semula

masukkan ikan [tak kisah ikan apa, tapi ibu suka ikan yang ibu masukkan ni sedap]

kalau ada nenas serawak tu [jenis yang manis] potong dadu ikut korang ler lepas tu masukkan dalam lauk tu tadi di kacau lagi

masukkan ajinamoto sikit, garam ikut rasa masing masing kacau lagi sehingga masak lauk tu

masa tengah kacau tu masukkan asam keping dalam lauk tu, dan masukan perahan limau sambal kedalam lauk berserta 3 atau 4 bijik kulit dia tu, menurut kata mak ibu, kalau buat macam tu lauk tu akan bertambah sedap dan lauk kita tu berkilat, makna nya cantek ler tu lauk sedap berkilat :D, jangan lupa letak garam dan ajinamoto secukup rasa..

bila dah masak, makan ler dgn nasik yang panas, tentu tak cukup tisu satu pack tu haha kesian korang... cubalah yer, kalau masih tak reti cara yang ibu ajar kan ni korang tanya ler di sini yer, almaklum ler bukan tukang masak pro tapi boleh ler agak agak nak kasi dapur tu berasap ;)

Selamat mencuba
Ibumisali

Saturday, December 6, 2008

Mee Siam


Bee hoon [di rendam hingga kembang]

Daun Kucai [dipotong halus-halus]
Tahu [di potong dadu kemudian di goreng]
Biasan Mee Hoon
Limau Sambal [5 bijik di belah dua]

Bahan-bahan untuk mee siam:-

Di mesinkan semua...
Udang kering [agak-agaklah]
Bawang Besar 1 bijik
Bawang Putih 3 bijik
Lada kering sikit

-> Tumiskan semua bahan-bahan tadi kemudian masukkan bee hoon yang telah kembang, gorengkan hingga sebati semua [sama je macam goreng mee hoon tu].  Jangan lupa letak sedikit perasa ajinamoto dan garam sikit.  Kemudian bolehlah di angkat.

Lauk [kuah]  Mee Siam

Bahan-bahan untuk mee siam...

Ayer asam [agak2lah]

Bawang putih 3 ulas & bawang besar 1 bijik
kacang tanah [agak2]
serai 3 btg & lengkuas dan lada boo sedikit
Tauchu 1/2 botol [di tos buangkan airnya]
->> di mesin semua ni

Tumiskan bahan-bahan untuk lauk mee siam ni, kemudian perahkan air asa agak-agaklah, bergantung pada banyaknya mee siam kita tu,  setelah mendidih lauk tu masukkan  sedikit perasa ajinamoto & garam, dan sedikit gula [lauk mee siam ni kena ada manis sikit baru sedap]

kalau lauk dah masak boleh di letak mee dalam mangkuk dan siram kuah tu dan bolehlah di hidangkan

resepi dari nenek pun [mak kepada ibu]

Tips: kalau nak lagi sedap buatlah sambal tumis lepas tu letakkan di atas mee siam kita tu dan makan, mesti sedap hingga menjilat jari